Sunday 3 August 2014

2014 - tahun tragik buat Malaysia

Salam,

Tahun 2014 menyaksikan banyak perkara yang berlaku sama ada di dalam negara Malaysia ataupun seluruh dunia. Kejadian yang berlaku sememangnya sangat-sangat tragik dan meruntun jiwa rakyat Malaysia.

Antara kejadian pertama kali saya dengar sepanjang hidup saya berlaku pada tahun ni ialah kehilangan pesawat MH370. Kejadian yang mulanya dianggap pesawat terhempas, berlarutan sehingga kapal berpatah balik. Selepas itu timbul isu kapal terbang dihijack ke suatu tempat dan macam-macam lagi.

Berita akhir yg diterima adalah kapal terbang berakhir di perairan Australia. Sedangkan kapal terbang tersebut sepatutnya terbang ke negara China. Memang suatu misteri apa yang telah berlaku kepada anak-anak kapal dan penumpang MH370. Namun begitu, tiada serpihan atau bukti yang menunjukkan bahawa kapal terbang tersebut benar-benar terhempas di lautan. Atas sebab itu, waris penumpang MH370 masih belum lagi mempercayai kesahihan berita tersebut, Kehilangan MH370 masih lagi tidak dapat dikesan sehingga sekarang.

Tak lama selepas tu, bulan Julai 2014, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan berita pesawat MAS MH17 ditembak jatuh di Ukraine. Kejadian ni sememangnya sangat mengejutkan, lebih-lebih lagi isu pesawat MH370 masih lagi belum reda dari ingatan rakyat Malaysia. Bagi saya, memang sangat-sangat menyedihkan, lebih-lebih lagi pesawat ditembak dari ketinggian 30ribu kaki di udara. Macam mana lah agaknya perasaan penumpang dan anak-anak kapal masa tu. Sedih sangat, takut.. Ya Allah.. sesungguhnya manusia ni hanya merancang, tapi Allah yang menentukan apa yang berlaku. Segalanya adalah qada dan qadar Allah.. kita sebagai manusia kena menerima suratan takdir.

Kejadian-kejadian ni menyebabkan saya merasakan kita sebagai manusia ni kena hidup sebaik-baiknya, sebagai khalifah mentadbir alam ini. Hiduplah seumpama kita akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadatlah seumpama kita akan mati esok.